Sunday 17 July 2011

Al Fatihah: kehilangan seorang tokoh

 Firman Allah:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٤٢﴾
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (QS Az Zumar : 42)

Dari Dia kita datang..kepadaNya kita kembali.
Semoga rohnya bersama kekasih kekasih Allah.
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut.
Al Fatihah.

Sunday 19 June 2011

Harga Barangan Melambung, peniaga bersungut


Kenaikan harga beberapa barang keperluan asas seperti sayur-sayuran, ayam, gula dan minyak masak secara mendadak bukan sahaja membebankan pengguna, sebaliknya peniaga turut merasai tempiasnya.

Bagi mereka, biarpun pelbagai alasan diberikan kerajaan, namun sebagai rakyat biasa, kesannya pasti dirasai.

Penjual makanan, Azimah Mamat, 44, berkata, sejak menjalankan perniagaan menjual nasi campur lebih 10 tahun lalu, inilah kali pertama harga barang naik secara mendadak sehingga berkali ganda.

Azimah berkata, akibat kenaikan harga bahan mentah, dia terpaksa menaikkan harga jualan kerana tidak dapat menanggung kos pengeluaran yang begitu tinggi.

“Jika dahulu cili besar harganya hanya RM4.50 sekilogram, kini sudah mencecah RM12 sekilogram, bayangkan harganya naik lebih sekali ganda.

“Sebagai mata pencarian utama, kita tiada pilihan, terpaksa menaikkan harga jualan biarpun kadangkala mendapat rungutan daripada pengguna, jika tidak kita rugi,” katanya.

Penjual nasi kerabu, Norhafiza Mohd, 21, berkata, dia tiada pilihan biarpun kadangkala merasakan sesuatu tidak patut untuk meletakkan kos pengelua-ran tersebut kepada pengguna.

“Kadangkala saya kasihan kepada pelanggan terutama pelajar kerana mereka mendapat duit poket dari ibu bapa,

“Dahulu, kita boleh jual sebungkus nasi dengan harga RM3.50, tetapi apabila harga ayam naik, harga beras naik, harga minyak, kelapa, cili dan sayur-sayu-ran naik, takkan kita nak jual harga lama, rugilah, kalu rugi baik tak payah niaga,” katanya.

Pengunjung pasar malam, Norizati Mokhtar, 21, berkata, sebagai pengguna dia terpaksa akur dengan harga yang ditetapkan peniaga.

Namun, dia menyarankan agar pengguna lebih bijak membuat pilihan dan keputusan sama ada membeli makanan di kedai atau masak sendiri.

“Jika pelajar seperti saya, beli di kedai lebih praktikal kerana kesuntukan masa, tetapi kita kenalah cari tempat yang murah.

“Bagi yang sudah berkeluarga dan memiliki anak ramai pula, kena masak di rumahlah untuk menjimatkan kos,” katanya.

Saturday 18 June 2011

Barisan Kepimpinan PAS Terengganu


PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut  (gambar) (dilantik untuk negeri itu.
Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).
M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.
Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.
Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.
Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.
PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.
Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.
Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh dan

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.

Panorama Taklimat Isu Semasa












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...